alamt

JEA0013 SMK SENGGARANG JLN. PT. JABAR, SENGGARANG 83200 NO.TELEFON : 07429167 NO. FAKS : 074291234

Tuesday, 7 October 2014

PELAN STRATEGIK PIBG

PERANCANGAN STRATEGIK PIBG SMK SENGGARANG TAHUN 2014


Strength (Kekuatan )
S1 – Barisan Exco PIBG kebanyakannya  anak tempatan.
S2 - Ramai   AJK PIBG  yang mempunyai latarbelakang hampir sama dengan latarbelakang masyarakat sekitar. S3 – Pengurusan PIBG  sentiasa mahu berkerjasama rapat dengan sekolah

Weakness (Kelemahan )

W1 – Agak sukar mengadakan perjumpaan kerap kerana ibubapa terikat dengan tugas.
W2 – Ada ibubapa yang masih kurang memahami keperluan pendidikan di sekolah untuk kepentingan anak-anak W3 – Ada unsur-unsur yang diperlihatkan ibubapa sukar mengawal anak-anak sewaktu di rumah.

Opportunity (Peluang)

O1 – Wakil rakyat memberi perhatian berat kepada sekolah dan sentiasa bersedia membantu sekolah O2 – Ada warga tempatan yang berjaya dalam pelajaran bersedia menghulurkan bantuan.
O3 Ahli-ahli PIBG aktif dan sentiasa  sedia memberi  bantuan.
O4 Pejabat  Kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu dan Pejabat ADUN juga memberi kerjasama.

Threat (Ancaman)

T1 Budaya negatif diterima oleh belia tempatan.
T2 Penduduk/Peniaga yang kurang prihatin dan tidak bekerjasama.
T3 Gaya hidup seperti merempit, bergaduh, dan melepak  menjadi amalan mereka. T4 Ibubapa gagal mengawal disiplin anak-anak.



Strategi (Tows Matriks)
SO
S1,S2,S4,O1,O2,T1,T3
Adakan banyak ceramah motivasi yang melibatkan anak tempatan dan pemceramah luar untuk membantu pelajar bergerak ke arah matlamat yang betul
WO
S1,S3,W1,W4,W5
Adakan banyak perjumpaan dengan ibubapa untuk mengeratkan kerjasama dan mengukuhkan kefahaman tentang  matlamat sekolah










S1,S4,S5,O1,O3
Adakan banyak perjumpaan progran motivasi untuk memberi lebih banyak kesedaran kepada ibubapa

S1,O1,O3,O4,T1,T4
Banyakkan memberi maklumat berterusan terutama mengenai tindakan pihak sekolah dalam menangani masalah anak didik melalui program sosial bersama ibubapa dengan bantuan PIBG

O1,O3,T1,T2,T3,T4
Adakan banyak pertemuan dengan ibubapa melalui bantuan wakil dan PIBG untuk memberi maklumat tentang kegiatan anak-anak dan bekerjasama mengurangakan masalah sosial anak-anak























ISU

MATLAMAT

OBJEKTIF

STRATEGIK
1.Kewangan
1.   Mengumpul dana PIBG untuk
membantu pihak sekolah mencapai KPI
1.   Dapat mengumpulkan dana
mengikut tarikh dan jumlah.
Program Dana:
·        Program Hari Keusahawanan Bersama PIBG

Yuran PIBG
·        Kutipan Yuran PIBG daripada ibu bapa pelajar selewat-lewatnya 31 September 2014

Sumbangan
·        Memohon sumbangan daripada pihak luar.


Tuesday, 1 April 2014

ISU KESIHATAN


  • CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL
http://www.myhealth.gov.my/index.php/cara-membasuh-tangan-yang-betul



  • KEPENTINGAN MAKANAN BERKHASIAT

    Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.