- Kantin SMK SENGGARANG dinaiktaraf Sempena Pertandingan Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Johor. Antara kemudahan yang telah ditambah seperti kawasan angkat PIBG yang menyediakan TV LCD bermaklumat. Dengan ini info berkaitan kesihatan dapat disebarkan kepada para pelajar. Kebun kantin juga diwujudkan untuk menyokong Kempen Lestari dan menggalakan pemakanan sayuran berkhasiat.
2. Di kantin sekolah, pelajar boleh mendapatkan maklumat yang dipaparkan di atas meja kantin sambil menjamu selera pada waktu rehat. Selain itu, pelajar boleh memberikan cadangan kepada pengusaha kantin tentang mutu, kualiti dan harga makanan di dalam peti cadangan yang disediakan.