Tanggal 4 Januari 2013 merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Lim Beng Tin atau lebih dikenali sebagai Puan Sheng sebagai pendidik selama 32 tahun di SMK Senggarang. Beliau telah ditempatkan di SMKS sejak 1981 seterusnya menabur bakti yang tidak ternilai selama 3 dekad tanpa jemu. Pn. Sheng yang merupakan Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional memang dikenali sebagai guru yang bermotivasi tinggi dan sentiasa bersemangat. Semangat juangnya yang kuat akan diteruskan walaupun selepas bersara apabila beliau melahirkan hasrat untuk menyambung pelajaran lagi ke peringkat Master. Warga SMKS mendoakan semoga Pn. Sheng akan berjaya mencapai impian dan sentiasa ceria dalam kehidupan.